Tuesday, April 5, 2011

Pilihan yang bijak!!

Sekarang ni dah heboh dah satu Sarawak tentang penamaan calon. Bukan bermaksud saya minat sangat dengan politik tetapi bila renung-renung kembali, penting juga benda ni untuk kita ketahui. Tahun ini umur saya dah masuk ke alam 21 tahun. dah layak mengundi, sayang. Malangnya, saya belum mendaftar lagi. Dengan peluang ini, saya sangat berharap agar untuk pilihan raya yang akan diadakan tak lama lagi, pilihlah calon yang hebat bukan sahaja dari hujah-hujah sahaja malah dari segala aspek. Janganlah sekadar menabur janji. Penat-penat ibu-ibu, bapa-bapa turun mengundi tetapi bila dah menang, langsung x berani tunjuk muka. Masa berkempen, bukan main lagi nak bagi elektrik, jalan raya, air,.....mcm2 la...tp sampai bila kami nak menunggu janji itu dikotakan.Adalah belajar sikit2 tentang politik ni semasa kuliah Hubungan Etnik. Sangat kesian bila ada rakyat masih dalam minda kelas ketiga. Inilah hakikatnya.  Paling menyedihkan, ramai dah datuk nenek yang meninggal dan langsung tidak pernah tekan suis elektrik, tak pernah minum air bersih. Sedih,kan?Bukan saya nak salahkan semua pemimpin yang pernah berkhidmat di kawasan saya, cuma segelintir mereka yang kurang empati saje. Ada juga yang baik-baik. Kalau kita imbas kembali, silapnya adalah datang dari kita sendiri. Kita yang membuat pilihan. Jadi, kalau nak merungut pun kena berpada-pada juga. Oleh itu, penting untuk kita fikir baik-baik siapa calon yang hebat untuk menjadi Yang Berhormat di tempat kita.Selamat MENGUNDI!!